29 March 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG KHAS PERSATUAN BELIA WARISAN KAMPUNG GELANG CHINCHIN



Perhatian kepada ahli-ahli Persatuan Belia Warisan, anda dijemput hadir ke Mesyuarat Agong Khas persatuan in yang akan diadakan sebagaimana pada 2 April 2010 jam 8.30 malam di Dewan Raya Kampung Gelang Chinchin, Segamat.

Semoga mendapat perhatian dan kerjasama semua.

Disediakan oleh : Unit Belia, Sukan & Kebudayaan

PROGRAM SUKANEKA

KEMAS Segamat dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Gelang Chinchin, JKKK Kampung Gelang Chinchin dan Persatuan Belia Warisan akan mengadakan Program Sukaneka yang akan diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Gelang Chinchin bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program yang bakal dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Othman bin Jais ADUN Buloh Kasap ini bertujuan mengeratkan lagi perhubungan antara penduduk serta mendekatkan lagi masyrakat dengan barisan organisasi yang terdapat di kampung ini. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.


Disediakan oleh : Unit Belia, Sukan & Kebudayaan. 29 Mac 2010

DUA ORANG AHLI PERSATUAN BELIA TERIMA ANUGERAH


Sdra Zulkarnain bersama sijil dan plak Gangsa yang diterima



Seramai dua orang ahli daripada Persatuan Belia Warisan Kampung Gelang Chinchin telah berjaya menamatkan dengan jayanya cabaran untuk melayakan beliau menerima pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sekaligus menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang dinaungi the Duke of Edinburgh's Award International Association. Beliau yang berjaya menerima Anugerah Gangsa dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Mereka yang berjaya adalah Saudara Zulkarnain bin Ahmad yang juga Pengerusi Kelab Rakan Muda Segamat dan Saudari Norfadilah binti Isa Sukarelawan Rakan Muda Segamat. Namun Saudari Norfadilah telah diwakili oleh ibu beliau kerana beliau telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan.

28 March 2010

KAMPUNG HUB PENGELUARAN IKAN KELI


Pekerja sedang melakukan tugas memberi ikan keli makan.

IKAN KELI sememangnya terkenal dengan keenakan rasa dagingnya dan permintaan yang tinggi dipasaran. Itulah yang menyebabkan ikan ini di ternak secara komesial dengan meluas di negara ini. Atas dasar itu pihak kerajaan telah mengambil satu pendekatan bagi membangunkan projek ini secara komersial bagi diusahakan oleh golongan berpendapatan rendah dengan membina dan membantu dalam segala aspek yang diperlukan termasuk berkalan benih dan makanan serta tapak projek.

Untuk merealisasikan perkara itu kampung ini telah di pilih untuk dijadikan hub pengeluaran ikan keli dan sebagai pemulaan sebanyak lebih daripada 60 buah kolam di bina dengan tiap-tiap satu menampung lebih 20,000 benih ikan keli. Setiap kolam akan diberikan kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan bagi menampung keperluaran keluarga. Menurut pegawai yang dipertangungjawabkan dalam projek ini En Mohd Noor bin Haji Sangat yang juga merupakan Penghulu Mukim Sermin, "banyak lagi kemudahan yang akan dibina dikawasan ini antaranya adalah sebuah kilang memproses hasil ternakan ini untuk dieksport dan dijadikan sebagai produk tambah nilai yang berasakan ikan keli". Pada masa hadapan lebih banyak lagi kolam-kolam yang akan di bina dan kemudahan lain dikawasan ini.

Disediakan oleh : Biro Keusahawanan. 29 Mac 2010

20 March 2010

Kursus Asas Penulisan Blog


21 Mac 2010: Bertempat di Kolej Komuniti Segamat 2, Kg Gelang Chinchin telah menghantar dua orang wakil ke Kursus Asas Penulisan Blog untuk penyediaan blog kampung.Wakil tersebut adalah Muhammad Azam dan Zulkarnain yang akan membawa cabaran kampung ke pertandingan blog peringkat DUN Buloh Kasap, di bawah Parlimen Segamat.

Di harapkan penyertaan kali pertama ini akan memberikan sesuatu impak kepada perkembangan aktiviti kampung pada masa akan datang...