Aktiviti

 
MESYUARAT AGONG TAHUNAN 
PERSATUAN BELIA WARISAN 
KALI KE-6

Mesyuarat Agong Tahuna Persatuan Belia Warisan Kampung Gelang Chinchin Kali Ke -6 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 16 April 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Gelang Chinchin.

Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan.

Disediakan oleh : Biro Belia dan Sukan. 13 April 2010


PROGRAM GDW BERJALAN LANCAR


Lucu. Penduduk turut sama dalam J-Robik

3 April 2010. Walaupun hujun turun dengan lebat namun tidak menghalang orang ramai untuk hadir bagi memeriahkan program yang telah dianjurkan oleh KEMAS Kawasan Segamat dengan kerjasa GDW Kawasan Kg Gelang Chinchin. Program yang diadakan bermula jam 2.00 petang itu berjalan lancar dengan beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, memasak, pakai sampin dan beberapa lagi acara yang menarik perhatian semua. Program yang dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj Othman bin Jais, Timbalan Speaker DUN Johor merangkap ADUN Kawasan Buloh Kasap membuktikan semangat kerjasama dan perpaduan diantara penduduk. Othman dalam ucapannya mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha menyemarakan semangat 1 Malaysia.

Disediakan oleh : Biro Tugas-tugas Khas. 05 April 2010


MESYUARAT AGONG KHAS BERJALAN LANCAR



Naib Pengerusi I sesi 2009/10 (sebelum pemilihan) menyampaikan cenderamata
kepada Pegawai Belia & Sukan Daerah Segamat.


02 April 2010 merupakan satu tarikh keramat apabila satu Mesyuarat Agong Khas Kali Pertama berjaya diadakan. Mesyuarat yang diadakan atas permintaan lebih dari 1/2 ahli itu bertujuan untuk membuat pemilihan baru bagi mengantikan Ahli Jawatankuasa lama yang telah di pilih bagi sesi 2009/2010. Dalam mesyuarat yang telah dirasmikan oleh En Mohd Syafiq bin Sakrawi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat itu berjalan lancar dengan menyaksikan pemilihan baru Ahli Jawatankuasa yang mana telah memilih Sdra. Zulkarnain Ahmad menyandang jawatan Pengerusi setelah 3 tahun meninggalkan jawatan tersebut. " Saya dan barisan kepimpinan yang baru ini terpanggil untuk mengadakan mesyuarat ini dan membina pertahanan (kepimpinan) baru bagi menggantikan kepimpinan lama yang kurang aktif dalam menggerakan persatuan ini" katanya selepas menangguhkan mesyuarat tersebut.

Disediakan oleh : Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan. 05 April 2010


PROJEK TERNAKAN BERKELOMPOK
 
Pekerja sedang melakukan tugas memberi ikan keli makan.

 Sebahagian daripada kolom yang ada.

      Sumber pendapatan. Bagi menjana sumber pendapatan dan ekonomi rumahtangga, sebahagian penduduk yang kurang bernasib baik daripada kampung dan daerah ini menerima sebuah kolam setiap keluarga sebagai satu sumber pendapatan. Kolam yang disumbangkan oleh kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat kepada pemilik bagi mengisi masa lapang dengan menguruskan kolam tersebut.

Disediakan oleh  : Biro Keusahawanan.  29 Mac 2010