Makluman


PROGRAM SUKANEKA

KEMAS Segamat dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Gelang Chinchin, JKKK Kampung Gelang Chinchin dan Persatuan Belia Warisan akan mengadakan Program Sukaneka yang akan diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Gelang Chinchin bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program yang bakal dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Othman bin Jais ADUN Buloh Kasap ini bertujuan mengeratkan lagi perhubungan antara penduduk serta mendekatkan lagi masyrakat dengan barisan organisasi yang terdapat di kampung ini. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.


Disediakan oleh  :  Unit Belia, Sukan & Kebudayaan.  29 Mac 2010



 
NOTIS MESYUARAT AGONG KHAS PERSATUAN BELIA WARISAN KAMPUNG GELANG CHINCHIN




Perhatian kepada ahli-ahli Persatuan Belia Warisan, anda dijemput hadir ke Mesyuarat Agong Khas persatuan in yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :


Tarikh    :  2 April 2010
Masa     :  8.30 malam
Tempat  :  Dewan Raya Kampung Gelang Chinchin, Segamat.


Semoga mendapat perhatian dan kerjasama semua.


Disediakan oleh  :  Unit Belia, Sukan & Kebudayaan.  24 Mac 2010


PERTANDINGAN BLOG

Perhatian kepada penduduk Kampung Gelang Chinchin yang berminat untuk menyertai pertandingan membina blog kampung boleh lah berjumpa dengan Pemangku Ketua Kampung untuk mendapatkan borang. Penyertaan sebelum 1 April 2010.


Disediakan oleh unit ICT. 21 Mac 2010


DUA ORANG AHLI PERSATUAN BELIA TERIMA ANUGERAH
 

Sdra Zulkarnain bersama sijil dan plak Gangsa yang diterima
 









Seramai dua orang ahli daripada Persatuan Belia Warisan Kampung Gelang Chinchin telah berjaya menamatkan dengan jayanya cabaran untuk melayakan beliau menerima pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sekaligus menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang dinaungi the Duke of Edinburgh's Award International Association. Beliau yang berjaya menerima Anugerah Gangsa  dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Mereka yang berjaya adalah Saudara Zulkarnain bin Ahmad yang juga Pengerusi Kelab Rakan Muda Segamat dan Saudari Norfadilah binti Isa Sukarelawan Rakan Muda Segamat. Namun Saudari Norfadilah telah diwakili oleh ibu beliau kerana beliau telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan.

Disediakan oleh  :  Unit Belia, Sukan & Kebudayaan.  21 Mac 2010