12 May 2010

MESYUARAT AGONG UMNO CAWANGAN


9 Mei 2010 - Persidangan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Gelang Chinchin kali ini menerima satu Usul Tergempar daripada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan. Usul yang telah disampaikan oleh Sdra Zulkarnain Ahmad yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan tersebut ini meminta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil serius dan jalan penyelesaian dalam menangani isu remaja yang terkena tembakan polis. Pihak PDRM juga diminta menyediakan kertas kerja dalam usaha untuk menanggani masalah kenderaan yang ditahan tidak mahu berhenti seperti dengan penubuhan satu unit khas yang boleh menyelesaikan masalah ini. Selain itu juga, pemuda cawangan ini mahukan pembinaan masjid baru diteruskan di atas tapak yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dengan kos RM 1.5 juta.

09 May 2010

BAKAL DIRASMIKAN


Tarikh 25 Mei 2010 ini bakal menjadi satu tarikh istimewa dan penuh sejarah kepada penduduk kampung ini kerana bakal menerima kunjungan Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor bagi merasmikan Dewan Raya Kampung Gelang Chinchin bernilai RM440,000. Dewan yang pernah tergendala pembinaannya kerana kekurangan dana akhirnya dapat disiapkan dengan peruntukan tambahan dari Y.A.B Menteri Besar Johor itu. Sehubungan itu diharapkan seluruh penduduk kampung keluar beramai-ramai bagi meraikan acara yang amat bermakna itu.