Kemudahan

MASJID JAMIK
Masjid yang berusia lebih sedekad ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Mahkota Johor ketika itu telah banyak mengalami perubahan dan ubahsuai. Baru-baru ini juga bangunan yang dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh salah seorang penduduk kampung ini bakal diubahsuai dengan kos RM 400,000 namun mendapat bantahan daripada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini kerana menurut Kerajaan Negeri kampung ini boleh mendapat peruntukan masjid baru bernilai RM 1.5 juta sekiranya dibina di atas tanah yang telah dirizabkan di puncak Bukit Gelang Chinchin. Peruntukan bernilai RM 400,000 ini diterima oleh Jawatankuasa Masjid kerana tidak bersetuju masjid ini dipindahkan dikawasan tersebut. Jesteru itu Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini akan terus membantah dan memohon agar masjid baru dibina dikawasan yang disediakan demi kemudahan dan pembangunan generasi akan datang.
KLINIK DESA
Klinik Desa yang sudah lebih 20 tahun berdiri megah di kampung ini telah banyak menyumbangkan jasanya kepada penduduk kampung ini dan sekitarnya. Klinik ini menyediakan beberapa perkhidmatan seperti rawatan luka kecil dan pemeriksaan ibu-ibu yang baru bersalin. Klinik yang bakal mengalami perubahan dan pembinaan semula ini bakal menyediakan kemudahan yang lebih sempurna kepada pelangannya.
DEWAN RAYA


 Tanggal 25 Mei 2010 ini bakal menjadi titik sejarah yang sangat bermakna kepada penduduk kampung apabila dewan yang tersergam indah dengan kos bernilai RM 440,000 ini bakal dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Bangunan yang pernah terbantut pembinaannya akibat daripada krisis ekonomi dan kenaikan harga bahan mentah yang mendadak itu akhirnya dapat disiapkan dengan peruntukan tambahan daripada Y.B Datuk Dr. S. Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat yang juga Menteri Sumber Manusia. Peruntukan awal adalah daripada Kerajaan Negeri Johor.

SEKOLAH KEBANGSAAN


Sekolah Kebangsaan Kampung Gelang Chinchin yang menempatkan lebih 120 orang murid dan 16 orang guru bakal berubah wajah setelah bangunan baru yang sedang dalam proses pembinaan itu nanti siap. Bangunan 4 tingkat sebanyak 2 blok yang menelan belanja hampir RM 3.5 juta ini bakal menyediakan kemudahan yang lebih lengkap dan teratur seperti kantin, makmal dan dewan serbaguna.

BANGUNNAN RELA JADI "KONTROVERSI"


Banguna RELA yang bernilai RM 15,000 ini bakal dirobohkan oleh pihak berkuasa kerana masalah status tanah tapak pembinaannya. Tanah tapak pembinaan bangunan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1/4 adalah rizab jalan, 2/4 Kementerian Kesihatan Malaysia dan 1/4 lagi hak penduduk kampung ini. Isu ini telah cuba diselesaikan dengan perbincangan namun tidak diterima oleh pihak penduduk kampung tersebut yang berkeras mahu merobohkanya.

KEDAI MILIK (JKKK) KAMPUNG

Sumber pendapatan. Bagi menjamin pendapatan yang tetap kepada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) ini, terdapat empat buat kedai yang dimiliki oleh jawatankuasa ini dan disewakan kepada penduduk setempat. Kedai yang terletak di Lebuhraya Segamat - Kuantan banyak memberi kelebihan kepada penyewa untuk mencari pelangan dan melariskan perniagaan. Kedai empat pintu ini disewakan kepada pengusaha-pengusaha bengkel seperti bengkel kereta dan kerja-kerja kimpalan.


Disediakan oleh :  Biro Keusahawanan. 29 Mac 2010 

KEDAI RUNCIT / SERBANEKA

Di kampung ini sahaja terdapat 3 buah kedai runcit yang beroperasi secara berasingan.Dua daripada kedai tersebut adalah milik persendirian manakala satu lagi adalah milik Koperasi Mukim Sermin yang merupakan satu-satunya koperasi kampung yang masih bertahan di negeri Johor ini. Berikut serba sedikit latar belakang setiap kedai tersebut.

 Kedai Koperasi dalam proses ubahsuai


Kedai serbaneka Anz Generation Enterprise



Kedai serbaneka yang didaftarkan atas nama syarikat Anz Generation Enterprise merupakan satu-satunya kedai milik usahawan belia di kampung ini yang dimilik oleh Sdra. Zulkarnain bin Ahmad, 25. Kedai yang mula beroperasi pada 15 Mei 2009 ini menyediakan pelbagai khidmat lain selain daripada menjual barangan runcit dan kad prabayar. Syarikat ini juga sedia menyediakan khidmat membuat banner dan fotografi.

Disediakan oleh :  Biro Keusahawanan. 29 Mac 2010