Produk Kampung


TARIKAN DAN KEISTIMEWAAN KAMPUNG
  
Setiap kampung mempunyai daya tarikanya yang tersendiri. Begitu juga dengan kampung ini. Terdapat beberapa tarikan yang menjadi kebanggan kepada kampung ini, antaranya ialah :-
  1. Buah-buahan tempatan terutamanya durian.
  2. Kawasan Pemuliharaan Hidupan Liar (Kijang) Bangas.
  3. Projek Ternakan Lembu Fidlot
  4. Projek Ternakan Ikan Keli.
  5. Kraftangan kayu seperti parang.
  Disediakan oleh : Biro Tugas-tugas Khas. 30 Mac 2010

RAJA BUAH TERUNGGUL...!!!

Ingat Raja Buah...?
Ingin Menikmati Durian Cengis...?
Durian Lemak Manis...
Segamat Menyediakan Segalanya
Durian Segamat...
Segalanya Segar... Amat di SEGAMAT...

        Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara durian-durian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain. 

         Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat ini. Diantara kawasan-kawasan kampung dimana Durian Saka ini ditanam adalah seperti di Kampung Gelang Chincin, Kampung Bumbun, Kampung Sepinang, Kampung Jabi, , Kampung Pogoh dan juga di sekitar kawasan Buloh Kasap. Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi. 

        Segamat juga mempunyai kawasan tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di Segamat ini. 

       Selain itu, Kampung Gelang Chinchin juga pernah menjadi Pusat Tarikan Pelancong dari luar negara seperti China, Taiwan dan Singapura yang datang pada Pesta Durian Segamat yang diadakan di kampung ini dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah pada Tahun 2004 dan 2005. Namun sehingga kini durian dari kampung ini masih menjadi permintaan utama.

Sumber :  Majlis Daerah Segamat, Pejabat Pertanian Daerah Segamat.  24 Mac 2010


KAMPUNG GELANG CHINCHIN BAKAL JADI HUB PENGELUARAN IKAN KELI

Pekerja sedang melakukan tugas memberi ikan keli makan.



 Sebahagian daripada kolom yang ada.

          IKAN KELI sememangnya terkenal dengan keenakan rasa dagingnya dan permintaan yang tinggi dipasaran. Itulah yang menyebabkan ikan ini di ternak secara komesial dengan meluas di negara ini. Atas dasar itu pihak kerajaan telah mengambil satu pendekatan bagi membangunkan projek ini secara komersial bagi diusahakan oleh golongan berpendapatan rendah dengan membina dan membantu dalam segala aspek yang diperlukan termasuk  berkalan benih dan makanan serta tapak projek.

           Untuk merealisasikan perkara itu kampung ini telah di pilih untuk dijadikan hub pengeluaran ikan keli dan sebagai pemulaan sebanyak lebih daripada 60 buah kolam di bina dengan tiap-tiap satu menampung lebih 20,000 benih ikan keli. Setiap kolam akan diberikan kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan bagi menampung keperluaran keluarga. Menurut pegawai yang dipertangungjawabkan dalam projek ini En Mohd Noor bin Haji Sangat yang juga merupakan Penghulu Mukim Sermin, "banyak lagi kemudahan yang akan dibina dikawasan ini antaranya adalah sebuah kilang memproses hasil ternakan ini untuk dieksport dan dijadikan sebagai produk tambah nilai yang berasakan ikan keli". Pada masa hadapan lebih banyak lagi kolam-kolam yang akan di bina dan kemudahan lain dikawasan ini.

Disediakan oleh  : Biro Keusahawanan.  29 Mac 2010


PRODUK KRAFTANGAN

Kraftangan juga merupakan salah satu daya tarikan untuk kampung ini. Terdapat beberapa pengusaha kraftangan seperti membuat ukiran kayu dan sarung parang. Di kampung ini sahaja terdapat 3 pengusaha yang mengusahakanya secara serius antaranya En. Ahmad , En Basri dan En. Fadhil.

Antara hasil seni Pak Mat


En. Ahmad bin Haji Harun atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat telah berkecimpung dalam dunia seni ini lebih daripada 30 tahun. Sepanjang pengelibatan beliau dalam kerjaya ini, beliau telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis produk seni selain daripada parang. Antaranya pargola set, pisau lipat, meja kayu yang berukir, senduk tempurung dan banyak lagi produk.



Disediakan oleh : Biro Keusahawanan. 29 Mac 2010